1) KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah menyumbang kepada kepelbagaian kaedah pengajaran yang mampu menarik minat dan menimbulkan keseronokan kepada murid di samping memudahkan kerja pengurusan. Aplikasi TMK akan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru agar mampu menarik minat murid untuk belajar.
Namun, (kajian oleh Wan Mohamad, 2009) menunjukkan hampir tiga perempat, iaitu 78.2 peratus guru mengakui bahawa mereka masih belurn cekap atau tidak tahu untuk melaksanakan pengajaran menggunakan TMK.
Laporan Jemaah Nazir juga mendapati bahawa pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pcngajaran dan Pembelajaran rnasih kurang dilaksanakan sepenuhnya di dalam bilik darjah (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM, 2013). Hal ini kerana, tidak semua bahan pengajaran yang berasaskan TMK tersedia untuk digunakan secara terus. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk menggunakannya. Oleh itu, keinginan guru untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran hanya tinggal kemahuan kerana para guru kekurangan pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer dalam pengajaran.
2) KECEKAPAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Memang tidak dinafikan bahawa guru Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan baik, namun demikian masih terdapat sebilangan guru Bimbingan dan Kaunseling yang menghadapi masalah dalam melaksanakan khidmatnya (Tengku Elmi & Noriah, 2014). Pelbagai usaha ke arah memperkasa kualiti profesionalisme kaunseling dipergiat dan dibincangkan dalam pelbagai latar (Zuria, 2005).
Namun, sebahagian daripada guru kaunseling di sekolah masih kurang jelas dalam memahami harapan sekolah, kabur tentang tugas dan peranan profesional, gagal melakukan anjakan minda semasa melaksanakan tugas dan aktiviti kaunseling, tidak berkeupayaan untuk menyejajarkan amalan kaunseling dengan budaya organisasi dan kadangkala gagal memberikan penyelesaian secara efektif kepada masalah yang dihadapi oleh organisasi. Kajian menunjukkan aras keyakinan warga sekolah terhadap peranan guru kaunseling dalam menangani kes murid masih rendah (Mohamad & Sharifah, 2005). Kajian mendapati tahap guru kaunseling membina hubungan, komunikasi dan kebolehan mengurus konflik adalah sederhana (Rorlinda, 2009). Ketidakcekapan ini mengakibatkan mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk mengekalkan hubungan teraputik antara rakan sejawat dan murid (Tengku Elmi & Noriah, 2014).
3) KOMPETENSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penilaian dan pemantauan terhadap kompetensi guru mendapati isu dalam pengajaran dan pembelajaran agak kritikal apabila sebahagian guru di Malaysia masih berada pada Tahap Harapan (52 peratus), memuaskan (31 peratus), iaitu tahap yang masih dapat ditambah baik (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM, 2013). Hanya 12 peratus berada pada taraf baik dan cemerlang. Dengan erti kata lain, masih terdapat beberapa kelemahan guru yang perlu diperkasakan. Laporan tersebut juga memaparkan secara keseluruhannya, 31 peratus tahap Pengajaran dan Pembelajaran memuaskan dan hampir 5 peratus adalah lemah. Aspek kelemahan yang telah dikenal pasti berkait dengan pembelajaran berpusatkan murid secara "hands-on" yang kurang dipraktikkan. Kajian juga menunjukkan ramaĆ dalam kalangan guru yang kurang mahir dan kreatif dalam menggunakan kaedah pengajaran yang efektif bagi menyampaikan isi pengajaran (Yahya & Norhusna, 2010).
4) GURU PERMULAAN
Guru yang mempunyai asas pendidikan kemungkinan akan menyampaikan kaedah pengajaran yang berkesan, tetapi jika guru ini masih tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran yang mencukupi. Hal ini merupakan antara masalah mengapa guru tidak kompeten, dalam pengajaran mereka ketika di dalam bilik darjah (Maria et al. 2011).
Kegagalan guru permulaan dalam membuktikan mereka benar-benar profesional turut menyumbang kepada masalah profesion keguruan. Mereka dikatakan berada dalam suatu keadaan yang dikenal sebagai practice shock (Veenman, 1984) yang digambarkan sebagai sink-or-swim (Achinstein & Athanases, 2006) dalam permulaan karier, terpencil di dalam bilik darjah, tiada sokongan guru-guru lain, kuasa terbatas untuk membuat keputusan dan kurang peluang untuk belajar. Selain itu, isu guru mengajar di luar bidang pengkhususan mereka juga secara langsung menjejaskan kompetensi seseorang guru. Impaknya, mereka menghadapi masalah untuk mengajar subjek yang bukan bidang major mahupun minor mereka.
5) GURU PENDIDIKAN KHAS
Kebanyakan guru yang mengajarkan subjek Pendidikan Khas tidak terlatih untuk mengajar murid pendidikan khas. Melalui kajian yang dilakukan oleh Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Tahar (2004), mendapati hanya 34.7 peratus guru yang mengajarkan Pendidikan Khas yang mempunyai pengetahuan tentang strategi pengajaran untuk murid berkeperluan khas. Hal ini bermaksud bilangan guru yang mengajarkan Pendidikan Khas pada waktu itu bukanlah guru yang datang daripada opsyen Pendidikan Khas. Guru sepatutnya perlu mempunyai ilmu dan kemahiran tentang strategi pengajaran untuk murid berkeperluan khas. Kekurangan ilmu dan kemahiran untuk mengendalikan pengajaran kepada murid berkeperluan khas menyebabkan mereka ini ketinggalan dalam pendidikan.
6) CABARAN GURU
Dalam dunia yang semakin berkembang maju, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh seseorang guru. Guru bukan sahaja perlu memiliki kemahiran tertentu mengikut keperluan semasa, tetapi juga berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang melingkari profesion keguruan. Seseorang guru akan menghadapi masalah dengan pihak pentadbiran di sekolah, disiplin murid, ibu bapa, komuniti dan undang-undang.
7) MENINGKATKAN KOMPETENSI PROFESIONALISME KEGURUAN
Guru seharusnya sentiasa mempertingkatkan pengetahuan dan kemahirannya seiring dengan perubahan serta tuntutan masa kini. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa di universiti atau di institut latihan perguruan mungkin sudah kurang sesuai dengan peredaran masa kini. Mempertingkatkan kompetensi adalah perlu untuk membangunkan profesionalisme guru dalam melaksanakan tugasnya.
Dalam usaha pembangunan profesionalismenya, guru boleh mengambil beberapa tindakan yang akan dapat membantunya dalam tugas seharian di sekolah seperti yang berikut:
i. Memahami keperluan piawaian profesion
ii. Mewujudkan hubungan yang baik dan luas dengan rakan guru
iii. Mewujudkan budaya kerja yang mengutamakan kualiti
iv. Memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi dengan mengadaptasi inovasi dan kreativiti.
Beberapa usaha yang dapat dilakukan oleh seseorang guru untuk meningkatkan kompetensinva adalah dengan mengikuti kursus, bengkel, melaksanakan kajian tindakan, pembacaan, penerokaan dan menyertai persatuan profesional.
rujukan ada tak?
ReplyDelete